Netflix Kini Hadir Dengan Sokongan xHE-AAC Untuk Peranti Android

Diterbitkan pada Jan 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di pasaran Asia, penggunaan perkhidmatan penstriman video Netflix dengan peranti pintar adalah sesuatu yang cukup popular, sehingga mereka telah memperkenalkan pelan khusus untuk peranti tersebut di beberapa pasaran terpilih di rantau ini.

Terkini, Netflix memperkenalkan sokongan untuk teknologi penstriman audio xHE-AAC untuk peranti-peranti Android. Dengan teknologi audio ini, Netflix akan menaiktarafkan atau menurunkan kualiti audio pada peranti Android bergantung kepada kualiti sambungan internet pengguna.

Jika anda mempunyai sambungan internet yang pantas, audio kualiti akan semakin baik, tetapi jika sebaliknya, ia akan diturunkan secara automatik. Satu lagi keunikan xHE-AAC ini ialah ia akan mengubahsuai kelantangan audio berdasarkan adegan filem ataupun siri televisyen yang ditonton, juga secara automatik.

Menurut Netflix, pengguna mereka akan memerlukan peranti Android yang sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi Android 9.0 untuk menyokong ciri ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami