Carian
Jadualku Membantu Ibu Bapa Menguruskan Jadual Pembelajaran Anak-Anak Ketika PKP
January 25, 2021 Aman

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan konsep BDR (Bekerja Dari Rumah), salah satu perkara yang perlu diuruskan oleh ibu bapa juga adalah berkaitan kelas pembelajaran untuk anak-anak mereka.

Dalam usaha untuk memudahkan anda memantau dan menguruskan kelas pembelajaran anak-anak, kini sebuah aplikasi berasaskan web yang ditawarkan pembangun tempatan adalah Jadualku.

Jadualku memudahkan anda menambah jadual pembelajaran dan pengajaran secara atas-talian, dan menguruskan masa pembelajaran untuk setiap anak-anak anda. Sebuah halaman berasaskan web turut disediakan untuk anda menyemak jadual mahupun menyertakan pautan bersama dengannya.

Bagi anda yang mempunyai anak, dan ingin menguruskan jadual pembelajaran mereka, boleh mencuba Jadualku hari ini.

Komen