Nilai Peranti Android Menurun Dengan Mendadak Berbanding iOS Dalam Jangkamasa Yang Sama

Diterbitkan pada Jan 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak semua orang yang ingin membeli peranti pintar akan memilih untuk mendapatkan peranti terbaru dan paling berkuasa. Ada diantara kita yang cukup gembira untuk mendapatkan peranti yang berumur setahun atau dua, tetapi sesuai dengan corak penggunaan dan juga tanda harga yang lebih mampu-milik.

BankMyCell, laman penjualan peranti terpakai baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai nilai jualan peranti-peranti terpakai popular, termasuklah untuk peranti-peranti Android dan juga iOS.

Laporan tersebut mengatakan bahawa nilai peranti Android menurut dua kali lebih pantas berbanding dengan peranti iOS dalam jangkamasa yang sama. Dalam masa satu tahun, ia dilihat bahawa nilai peranti iPhone menurun sebanyak 16.7 peratus berbanding dengan 33.6 peratus untuk peranti Android.

Selepas 4 tahun, ia dilihat nilai iPhone yang sama berkurang sehingga 66.4 peratus daripada harga asal, manakala peranti Android pula berkurang sehingga 81.1 peratus, dan ini adalah untuk peranti mercu. Peranti kelas pertengahan dan mampu milik memperlihatkan penurunan nilai yang jauh lebih tinggi.

BankMyCell juga memperlihatkan jenama-jenama dengan penurunan nilai terendah dan tertinggi di pasaran sekarang, dan peranti-peranti dengan nilai pasaran terpakai terbaik termasuklah Apple, LG dan Nokia, manakala jenama-jenama dengan nilai pasaran terpakai terendah termasuklah Sony, Motorola dan HTC.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar penurunan nilai peranti, anda boleh membaca laporan BankMyCell di sini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami