Cari @ Amanz

Sebab saya gemar menggunakan jam tangan pintar ialah pilihan tali jam yang pelbagai. Apabila ingin perubahan, ia mudah diganti dengan tali yang mungkin lebih sesuai. Pada jam tangan tradisional proses melakukan perkara yang sama adalah lebih sukar keran kurangnya aksesori yang sesuai. Bagi peminat jam tangan Casio G-Shock, model terkini Casio DWE-5600CC telah ditawarkan di Malaysia dengan badan dan tali yang boleh diganti.

Dengan setiap pembelian, pengguna akan menerima dua rekaan tubuh dan tiga rekaan tali jam berlainan. Rekaan yang digunakan sebenarnya adalah litar elektronik tetapi dari jauh mirip corak celoreng uniform askar. Dua warna ditawarkan iaitu hijau emas dan kelabu emas.

Bagi memudahkan proses menggantikan tubuh, bahagian elektronik jam tangan ini diletakkan dalam kerangka Carbon Core Guard. Ia kemudiannya disambungkan kepada tubuh menggunakan cangkuk yang diperbuat daripada gentian karbon. Di Malaysia harga jualan Casio DWE-5600CC ialah RM999 untuk satu set lengkap.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd