Cari @ Amanz

Oppo A55 yang merupakan satu lagi peranti terkini daripada Oppo telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia merupakan satu lagi peranti 5G mampu milik, selain turut dibekalkan bateri yang besar.

Untuk spesifikasi, Oppo A55 dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 700, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB (microSD sehingga 1TB) dan bateri 5000mAh bersama pengecasan 10W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera swafoto pula adalah sebesar 8-Megapixel yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil.

Spesifikasi lain peranti termasuk – bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, menggunakan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Oppo A55 dijual pada harga CNY1,599 (~RM997) dan hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd