Cari @ Amanz

Tidak diketahui sejak bila, tetapi kini ia didapati Apple telah meningkatkan sedikit harga jualan penyesuai bicu audio untuk iPhone daripada RM49 sebelum ini, kepada kini RM55.

Penyesai bicu audio ini menawarkan sokongan sambungan 3.5mm yang telah dibuang pada telefon keluaran Apple berkenaan. Ia dihubungkan melalui sambungan Lightning, dan memudahkan pengguna menghubungkan aksesori seperti mikrofon dan fon kepala yang menggunakan sambungan bicu audio 3.5mm.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan penyesuai bicu audio 3.5mm ini pada harga RM55 melalui Apple Store Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd