Cari @ Amanz

Hari ini, kita telah mendengar laporan daripada Reuters yang mengatakan Huawei sedang melihat untuk menjual jenama siri P dan Mate kepada firma berasingan untuk memastikan kelangsungannya.

Apa pun, lanjutan daripadanya, kini Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Huawei mengatakan mereka tiada perancangan untuk menjual jenama telefon pintar mereka, dan kekal komited untuk perniagaan telefon pintar.

Huawei mengatakan mereka tiada sebarang perancangan seperti yang dilaporkan berkenaan, dan terus komited dalam membawa pelbagai pengalaman dan produk menarik kepada pengguna di seluruh dunia.

Buat masa ini, Huawei dilihat menghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan cip untuk pengeluaran. Dari segi perisian, Huawei sedia menggunakan alternatif dengan membangunkan sistem operasi mereka tersendiri.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pentadbiran baharu di Amerika Syarikat akan memberikan kelonggaran terhadap Huawei atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd