Cari @ Amanz

Oppo Reno mula diperkenalkan pada tahun 2019, tahun ini sudah masuk tahun ketiga usia Oppo Reno dan pelbagai inovasi, teknologi dan variasi peranti telah diperkenalkan. Tahun 2021, Oppo Malaysia membawa masuk siri Oppo Reno5 ke pasaran tempatan dengan spesifikasi lebih kurang sama dengan variasi di China. Tidak seperti Oppo Reno4 di mana model yang dijual di Malaysia menggunakan cip yang mempunyai kuasa lebih rendah dari model China.

Kami sudah menggunakan Oppo Reno5 untuk beberapa minggu. Oppo sekali lagi memfokuskan kepada kemampuan kamera. Cuma kali ini kehebatan kamera berasaskan perisian lebih ditekankan seperti kemampuan rakaman video dengan mod malam, Color OS 11 yang lebih pintar dan lebih mendekati Android asli serta sudah semestinya memfokuskan kepada rekaan. Adakah ini peranti idaman anda untuk tahun 2021? Mampukah kamera yang dikuasakan oleh perisian mampu menjadikan Oppo Reno5 sebagai peranti kamera? Ini adalah ulasan kami.


Spesifikasi Dan Rekaan

Oppo Reno5
Skrin6.4″ AMOLED, 90Hz, HDR
PemprosesSnapdragon 765G (7nm)
Cip1 x 2.4 GHz Kryo 475 Prime
1 x 2.2 GHz Kryo 475 Gold
6 x 1.8 GHz Kryo 475 Silver
Cip GrafikAdreno 620
RAM8GB
Muatan Dalaman128GB UFS 2.1
Kamera Utama64MP (utama) f/1.7
8MP (Ultra Sudut Lebar) f/2.2, Sudut Pandangan 119°
2MP (Makro) f/2.4
2MP (Mono) f/2.4
Kamera Swafoto32MP, f/2.4
Bateri4,300mAh (kapasiti sebenar 4,250mAh)
Dwi-Sel, Berwayar
SuperVOOC 2.0 65W
Power Delivery 18W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / 5G
NFCYa
Bicu AudioYa
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanPengimbas jari bawah skrin
Harga JualanRM1,899

Antara keunikan dengan Oppo Reno5 ini adalah, ia menggunakan panel belakang elektrokromik – di mana warna panel belakang boleh berubah. Tetapi itu terhad kepada variasi Pro+ sahaja. Walaupun begitu, penggunaan warna cerun serba baharu ini juga membawakan warna yang sangat cantik, menarik dan menggunakan kemasan pusam yang sedap disentuh. Walaupun terasa seperti licin, tetapi ia masih memberi cengkaman yang baik.

Modul kamera menggunakan rekaan segi empat dengan bucu melengkung. Setiap lensa juga agak besar seakan lensa dari iPhone 12, tetapi disusun secara memanjang. Di sisi kanan terdapat butang kuasa yang turut boleh ditetapkan sebagai butang menyeru Google Assistant dan siri kiri pula terdapat butang aras suara. Di bawah terdapat kekisi pembesar suara, port bicu audio, dan port USB-C.

Berubah warna mengikut cahaya

Peranti ini terasa amat selesa di tangan. Ia nipis, ringan dan seronok untuk mengusap–usap panel belakang. Rekaan skrin yang rata dengan kemasan lengkungan 2.5D, skrin berlubang – semuanya cukup cantik dan kemas. Rekaan ini juga mungkin akan digunakan pada salah satu model OnePlus 9. Sedikit mengecewakan pada peranti ini adalah, ia masih mempunyai dagu yang tebal.

Penggunaan Dan Perisian

Peranti ini menggunakan skrin bersaiz 6.4-inci dari panel AMOLED, di mana ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz, kadar sentuhan 180Hz dan juga resolusi FHD+. Oppo tidak berkongsi sama ada peranti ini menyokong piawaian HDR apa, tetapi Netflix dan Amazon Prime Video boleh menstrim resolusi HD dan YouTube boleh memainkan kandungan HDR tanpa sebarang masalah.

Skrin peranti cukup cantik, tetapi kecerahan sedikit lemah. Mod kecerahan automatik tidak berfungsi dengan baik, kerana ia hanya berfungsi kadangkala sahaja. Kadar segar semula 90Hz cukup lancar dan memuaskan apabila menatal pada skrin. Dengan penggunaan Color OS 11, peralihan animasi juga semakin lancar. Android 11 yang diintegrasikan dengan baik sekali pada peranti ini, ia menjadikan pengalaman pengguna lebih baik.

Bercakap mengenai sistem operasi, ini adalah peranti Oppo paling seronok digunakan. Ini berterima kasih kepada Color OS 11. Oppo juga lebih ke arah penggunaan Android asli. Google Message dan Google Phone yang terbina, sokongan kumpulan notifikasi, notifikasi bubble, dan banyak lagi elemen Android asli disertakan. Sambil itu, Color OS 11 juga banyak menyertakan ciri dan fungsi yang menarik.

Color OS 11 mempunyai sokongan multi-tugasan yang jauh lebih hebat, sokongan kustomasi yang jauh lebih menarik, serta sokongan nada dering yang unik. Anda bayangkan anda mempunyai banyak kumpulan WhatsApp yang penting, notifikasi banyak masuk dan bunyi nada dering akan bising dan menjengkelkan. Tetapi dengan peranti ini, setiap nada dering boleh menjadi melodi yang seronok didengari.

Seterusnya, ciri Flexdrop yang membolehkan penggunaan peranti lebih cekap dengan melancarkan sebarang aplikasi dengan cepat menerusi tetingkap terapung. Kemudian, ciri Three-Finger Translate With Google Assistant Lens yang membolehkan pengguna menterjemah kandungan secara langsung daripada tangkapan layar. Peranti Oppo walaupun luaran lihat untuk penggunaan santai, kasual dan bersahaja – ia masih menawarkan kemampuan hebat untuk produktiviti dan profesional.

Prestasi Dan Skor Penanda Aras

Peranti ini mempunyai prestasi yang baik-baik sahaja. Ia dijana dengan cip Snapdragon 765G, yang mana ini adalah cip yang cukup bagus. Dipadankan pula dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB – ia adalah peranti kelas pertengahan yang cukup berkuasa. Tetapi sayang sekali, jenis storan adalah UFS 2.1. Secara tidak langsung ia menjadikan peranti ini tidak begitu berkuasa dan mempunyai prestasi yang sedikit lemah.

Bermain permua juga tiada masalah yang serius selain daripada isu memanas. Peranti juga tidak memanas yang sangat panas sehingga sistem peranti tergendala, tetapi panas yang menjengkelkan sehingga tidak selesa untuk memegang peranti. Color OS 11 turut mempunyai mod permua tersendiri yang membantu memberikan pengalamab penggunaan yang cukup baik. Permua seperti COD Mobile atau Asphalt 9 dan tidak lupa dengan PUBG Mobile boleh dimainkan pada tetapan tinggi dengan lancar sekali.

Sedikit masalah yang saya temui pada peranti ini adalah dari pengurusan memori. Ia tidak begitu bagus, di mana pada hemat saya Oppo patut tawarkan variasi 12GB untuk model ini. Ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi kalau harga hanya beza 200-300 apa salahnya mempunyai pilihan memori yang lebih bagus. Mungkin kerana Oppo ingin pengguna pilih variasi Pro jika ingin pengalaman prestasi yang lebih hebat. Jadi model asas mempunyai pengalaman yang ala kadar sahaja.

Skor tanda aras pula adalah 330059 daripada AnTuTu, manakala Geekbench 5 pula memperoleh 626 untuk satu teras dan 1762 untuk multi-teras. Ini adalah skor yang dijangka akan tercapai pada peranti dengan cip Snapdragon 765G. Ia tidak cukup berkuasa, malah sedikit lebih rendah berbanding Snapdragon 855. Cuma cip ini lebih efisien, kurang penggunaan kuasa dan boleh membantu sedikit untuk prestasi yang baik.

Telefoni Dan GPS

Ini adalah sebuah lagi peranti kelas pertengahan 5G. Walaupun 5G masih belum boleh digunakan di Malaysia, tetapi itu tidak bermakna peranti dengan sokongan 5G tidak berguna. Dengan teknologi modem yang lebih baik, cip yang lebih efisien – kekuatan isyarat pada peranti ini agak hebat. Dalam dua telco saya uji iaitu Maxis dan Yes, langsung tiada masalah pun dan rangkaian boleh kekal 4G+ hampir sentiasa. Tetapi kelajuan data mudah alih sedikit mengecewakan ketika muat turun.

Panggilan telefon pula baik sekali, tanpa ada masalah bunyi bising atau angin yang kuat. Pemanggil katakan suara saya cukup jelas. Untuk GPS pula, peranti ini tiada masalah dalam GPS. Cuma aplikasi kompas sedikit lambat memaparkan arah yang tepat. Lain-lain, ia adalah apa yang anda jangka untuk sebuah peranti seperti ini.

Kamera

Bagi yang tidak tahu, Oppo adalah antara syarikat yang menggunakan API kamera Google Camera iaitu CameraX untuk aplikasi mereka. Kebanyakan mod tambahan dalam kamera seperti mod potret, HDR, mod malam dan lain-lain fungsi/ciri moden adalah “pemalam” CameraX. Apakah ia dan kenapa ianya sangat penting?

Kita sudah tahu yang saban hari, pengeluar peranti semakin beralih kepada perisian untuk menambah baik kemampuan kamera. Tetapi tidak semua orang gemar menggunakan aplikasi kamera terbina daripada pengeluar, lagi-lagi peranti yang dijana cip Snapdragon yang boleh menggunakan GCam. Dengan menggunakan pemalam CameraX ini, jika pengguna menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga seperti Instagram, WhatsApp, Facebook, Open Camera – fungsi-fungsi kamera itu seperti zum, potret, makro atau sudul ultra lebar akan menggunakan teknologi dari Oppo dan bukan dari dalam kamera begitu sahaja.

Oppo Reno5 menggunakan tetapan kuad-kamera 64-Megapixel (f/1.7), diikuti pula dengan tiga lagi sensor berasingan yang terdiri dengan konfigurasi 8-Megapixel (ultra-lebar) (f/2.2), 2-Megapixel (makro) (f/2.4) dan 2-Megapixel (mono) (f/2.4). Banyak fungsi dan ciri menarik disertakan dalam kamera Oppo Reno5 seperti AI Highlight Video untuk rakaman video pada waktu malam, Portrait Beautification Video untuk mod bokeh pada vide, Dual-View Video yang menawarkan templat Split, Round dan Rectangle, mod penstabilan video Ultra Steady Video 3.0, yang menawarkan pentsbilan hampir untuk semua kamera termasuk swafoto.

Dukacitanya, kamera Oppo Reno5 masih tidak begitu menarik. Lebih-lebih lagi pada waktu malam atau dalam suasana kurang cahaya. Peranti Oppo masih mempunyai hingar yang banyak dalam mengambil gambar dalam keadaan seperti ini. Tetapi jika sekadar kongsi di media sosial, tetapkan sebagai gambar latar – mungkion tidak menjadi masalah. Kalau cetak atau zum, hingar itu akan kelihatan dengan jelas sekali.

Walaupun begitu, dari segi warna, nilai HDR, butiran – hasil gambar peranti ini agak hebat dan cantik. Fokus pada imej seperti ini juga agak pelik, kerana kadangkala baik dan kadangkala menghampakan. Kalau mengambikl gambar yang ada sinaran cahaya yang kuat seperti latar belakang yang ada lampu – lampu itu hilang butiran dan kesan kulaian cahaya jelas kelihatan

Mod potret adalah antara yang mengejutkan pada peranti ini. Ia lebih kemas dan lebih cantik dari biasa. Lihat sahaja sampel di bawah, mod potret ini pada waktu malam. Walaupun dibantu dengan cahaya lampu perhiasan – suasana sebenar masih sediki gelap. Jadi hasil imej ini adalah agak hebat jika kita bandingkan dengan peranti dalam kelas yang sama yang lain.

Di waktu siang, kamera peranti ini adalah hebat. Ia sudah hampir menandingi dengan peranti mercu. Tetapi fokus kamera tidak begitu baik, menjadikan subjek/objek yang ingin difokus tidak brgitu jelas. Seakan tiada titik fokus. Perkara ini tidak selalu berlaku, tetapi menjengkelkan apabila kita ingin tangkap ga,bar untuk dojadikan memori tetapi kesuntukan masa dan saat itu pulalah masalah fokus muncul.

Mod-mod lain, seperti zum, sudul ultra-lebar, fokus jarak dekat ataupun mod 64MP – masih lagi sama untuk kebanyakan peranti Oppo. Ia ada dan ia cukup baik. Ia masoh tidak hebat atau memuaskan, cuma apa yang penting ia tidak mengecewakan.

Hasil swatoto juga tidka mengecwakan dengan kualiti, butiran dan warna yang sangat baik. Masih ada kesan yang melicinkan wajah, tetapi boleh dimaafkan. Apa salahnya sekali sekala ambil gambar ingin rasa terlebih cantik atau kacak? Mod kecantikan jika tetapkan pada aras 0, tidak seteruk dahulu. Butiran imej sebenar itu masih kelihatan cuma ia dicerahkan sedikit.

Video juga menjadi fokus penting bagi Oppo. Banyak mod video ditawarkan. Apa yang menarik adalah rakamn video kini boleh dilakukan pada waktu malam. Peranti mercu setakat ini tidak menawarkan mod ini kecuali Mi 11. Oppo cuba menggunakan teknologi yang sama pada mod fotografi, cum kali ini untuk video pula. Video waktu malam cukip cantik dan cukup jelas untuk peranti kelas pertengahan.

Mod penstabilan ada pada mod malam, tetapi sediki lemah kerana sistem peranti banyak fokus kepada “AI” untuk mencantuikkan video malam. Mod penstabilan juga cukup cantik, tidak kira kamera hadapan atau kamera belakang di mana ia membolehkan pengguna menghasilkan vlog yang lebih stabil, kemas dan seimbang. Mod potret pada video agak aneh, ia lebih bagus jika pergerakan kurang, jika tidak video akan kelihatan sedikit pelik.

Apa-apa pun, kamera Oppo Reno5 membawakan kamera yang baik. Penggunaan perisian sebagai asas penting dilihat memainkan peranan dan bukan sekadar gimik. Mungkin masih awal lagi, berbanding Google yang sudah menggunakannya sejak 2016. Tetapi agak bagus Oppo memulakan inisiatif seperti ini, kelak rakamn video dan gambar pada peranti boleh menjadi lebih hebat dengan lensa yang biasa.

Audio

Walaupun ada sokonga Dolby Atmos, pembesar suara Reno5 hanya mono. jadi pengalaman pendengaran muzik secara terus dari peranti tidak begitu menyeronokkan. Syukur, hasil audio yang dilontarkan adalah cukup bagus. Ia kuat, tidak bingit, ada bass yang baik serta mempunyai bunyi yang sedap. Sayang sekali Oppo tidak menggunakan pembesar suara stereo, sedangkan peranti kelas permulaan seperti Poco X3 juga mempunyai pemebsar suara stereo.

Dipadankan dengan skrin yang cantik, FHD+ AMOLED serta HDR pada sesetengah video – audio pada peranti ini adalah baik sahaja. Nasib baik Oppo masih menyertakan port bicu audio 3.5mm yang mana membolehkan pengguna yang masih bergantung kepada set fon telinfga berwayar menikmati muzik seimbang di kanan dan kiri.

Bateri

Adakah bateri penting untuk sesebuah telefon pintar? Sudah semestuinya, ya! Oppo Reno5 menggunakan bateri berkapasiti 4300mAh dengan rekaan dwi-sel. Ini adalah untuk sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W yang menjanjikan 15 minit pengecasan 60% dan serendah 35 minit untuk 100%. Jika bateri sudah lemah sekitar 5%, Oppo mendakwa masih boleh aktif WhatsApp ekitar 1 jam lagi sebelum ia mati sepenuhnya.

Lihat imej tangkapan layar di bawah, hanya 1 jam lebih SOT? adakah ini benar? Untuk penggunaan ekstrem seperti muat turun, hotspot tanpa henti, permua dan kamera – ketahanan bateri yang saya peroleh adalah bawah 4 jam SOT. Jika cuba mengurangkan penggunaan, seperti matikan Bluetooth, tidak banyak menggunakan kamera atau bermain permua – 6 jam SOT boleh dicapai.

Tetapi saya sedari sedikit masalah dalam peranti ini, di mana pengoptimasian bateri sangat lemah. Jika sepanjang hari bekerja dari rumah sekitar 8 jam misal kata – peranti ini boleh bertahan sepanjang hari jika kerap menggunkannya. Kalau sedang sibuk menaip artikel, sunting video dan sebagainya – peranti lebih cepat habis bateri. Pengoptimasian bateri Reno5 tidak cukup stabil. Saya menjangkakan ia boleh mencapai sekurang-kurangnya 7 jam SOT.

Diri saya, saya boleh terima kerana SuperVOOC 2.0 yang pantas. Malah Pixel 4 dengan SOT bawah 3 jam pun saya boleh terima kerana pengalaman penggunaan yang memuaskan. Jika pengecsam tifak dibawa atau hilang – peranti ini menyokong USB-PD asas 18W. Jadi tiada masalah di situ juga.

Pesaing

Oppo Reno5OnePlus NordRealme 7 5G
6.4″ AMOLED, FHD+, 90Hz, (~443 PPI)6.44″ Fluid AMOLED, FHD+, HDR10+, 90Hz (~408 PPI)6.5″ IPS LCD, FHD+, 120Hz (~405 PPI)
Snapdragon 765G (7nm)
1 x 2.4 GHz Kryo 475 Prime
1 x 2.2 GHz Kryo 475 Gold
6 x 1.8 GHz Kryo 475 Silver
Snapdragon 765G (7nm)
1 x 2.4 GHz Kryo 475 Prime
1 x 2.2 GHz Kryo 475 Gold
6 x 1.8 GHz Kryo 475 Silver
MediaTek Dimensity 800U 5G (7nm)
1 x 2.4 GHz Kryo 475 2 x 2.4 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Adreno 620Adreno 620Adreno 620
8 Gigabyte6/12 Gigabyte6/8 Gigabyte
128 Gigabyte UFS 2.1128/256 Gigabyte UFS 2.1128 Gigabyte UFS 2.1
Kamera Utama
64+8+5+2 Megapixel,
(f/1.7+f/2.2+f/2.4+f/2.4)
Kamera Utama 48+8+5+2 Megapixel, (f/1.8+f/2.3+f/2.4+f/2.4)Kamera Utama
48+8+2+2 Megapixel,
(f/1.8+f/2.3+f/2.4+f/2.4)
Kamera Hadapan
32-Megapixel,
(f/2.4)
Kamera Hadapan
32+8 Megapixel,
(f/2.5+f/2.5)
Kamera Hadapan
16 Megapixel,
(f/2.1)
Tiada Kemampuan Kalis AirTiada Kemampuan Kalis AirTiada Kemampuan Kalis Air
Ada Bicu audio 3.5mmTiada bicu audio 3.5mmAda bicu audio 3.5mm
Tiada Pemancar infra merahTiada pemancar infra merahTiada Pemancar infra merah
4300 mAh (Berwayar 65W)4115 mAh (Berwayar 30W)5000 mAh (Berwayar 30W)
RM1,899Bermula RM1799RM1,299

Kesimpulan

Kemampuan kamera pada peranti ini agak menarik. Pelbagai idea kreatif boleh terserlah dengan kamera peranti ini. Usaha Oppo dalam bergantung kepada perisian untuk kamera amat serius dan ia menjadi. Walaupun belum cukup matang dan hebat, tetapi hasil perubahan jelas kelihatan. Bayangkan hanya tahun lepas baru sahaja Oppo memperkenalkan Reno4 – kemampuan kamera Reno5 jauh lebih hebat.

Dengan skrin yang cantik, menyokong kada segar semula 90Hz yang asas, kadar sentuhan yang pantas serta warna skrin yang cantik – peranti ini juga sesuai dijadikan sebagai peranti untuk menikmati hiburan. Tetapi pastikan sediakan aksesori audio yang sesuai untuk pengalaman penggunaan yang lebih menarik.

Rekaan yang premium dan unik serta perisian yang semakin hebat, Reno5 boleh dikatakan adalah sebuah lagi pencabar OnePlus Nord. Peranti dengan Snapdragon 765G lain yang ada di pasaran Malaysia adalah Vivo X50 dan pencabar lain adalah MediaTek Dimensity 800u yang digunakan pada Realme 7 5G. Pengguna kahirnya mempunyai banyak ppilihan di mana perkara yang perlu dilihat adalah bateri dan perisian.

Oppo dengan Color OS 11 yang lebih mendekati Android asli, Realme pula masih dengan Realme UI dan OnePlus dengan Oxygen OS yang semakin ke arah pengalaman penggunana tersendiri – Reno5 akan memberikan pengalaman yang berbeza. Anda akan rasa syok dan nampak perubahan yang Oppo bawakan. Jika bateri anda pentingkan pergi sahaja ke OnePlus tetapi pengalaman keseluruhan sayan akan cadangkan Oppo.

Harga jualan juga RM1899 sahaja, yang mana tidak begitu mahal jika kita bandingkan dengan Vivo X50. Jadi anda tentukan apa yang anda mahukan? Jika kamera, rekaan dan perisian – ayuh habiskan duit poket anda dan cuba Oppo Reno5.


Pro

  • Rekaan yang cantik lagi unik dan sangat selesa
  • Kemampuan kamera yang semakin hebat
  • Perisian yang semakin matang dan seronok
  • Harga jualan yang tidak begitu mahal

Kontra

  • Bateri yang agak lemah
  • Pembesar suara mono yang tidak memuaskan
  • Pengurusan memori yang agak teruk
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd