(Ura-Ura) Komputer Riba Realme Dijangka Diperkenalkan Pada Pertengahan Tahun Ini

(Ura-Ura) Komputer Riba Realme Dijangka Diperkenalkan Pada Pertengahan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 26, 2021 oleh .

Realme sedia memfokuskan kepada penawaran peranti berhubung sejak daripada tahun lepas, dan dijangka meningkatkannya lagi pada tahun ini. Dengan langkah ini, Realme ingin memperluaskan penggunaan jenama mereka bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi untuk pelbagai produk lain.

Terbaru, mengikut desas-desus yang hadir  ke arena web, Realme diperkatakan bakal memperkenalkan komputer riba seawal pertengahan tahun 2021 ini.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan orang ramai. Sebelum ini, beberapa jenama telah memperluaskan penawaran mereka meliputi komputer riba. Antaranya adalah termasuk Huawei, Honor, Xiaomi, Redmi, selain paling terbaru adalah Nokia.

Selain Realme, beberapa syarikat lain turut diperkatakan akan memperkenalkan komputer riba pada tahun ini, dan antaranya termasuklah dibawah jenama Poco dan juga Vivo.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini pada tahun ini.


Paling Popular