Realme X7 Pro Dengan Cip MediaTek Dimensity 1000+ Berharga RM1999 Di Malaysia

Realme X7 Pro Dengan Cip MediaTek Dimensity 1000+ Berharga RM1999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 26, 2021 oleh .

Realme X7 Pro akhirnya ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan satu lagi peranti yang dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1000+ untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, peranti ini ditawarkan pada harga RM1999 dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Iridescent dan Skyline white.

Harga Rasmi Realme X7 Pro
Harga Promosi Untuk Jualan Pertama

Jualan pertama bermula pada 2 Februari 2021 dan anda boleh memilikinya pada harga promosi lebih rendah iaitu RM1,949. Seperti biasa, promosi terhad untuk jualan pertama sahaja dan ditawarkan eksklusif menerusi Shopee.

Untuk spesifikasi, Realme X7 Pro dilengkapi skrin bersaiz 6.55-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain cip MediaTek Dimensity 1000+ (7nm), ia juga dibantu oleh memori 8GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 256GB (UFS 2.1) dan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama pengecasan 65W.

Tetapan kamera utama peranti terdiri dengan 64-Megapixel (Sony IMX686) (Utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Portrait) + 2-Megapixel (Makro). Sementara itu, kamera hadapan pula adalah 32-Megapixel yang terletak di dalam lubang kamera. Spesifikasi lain termasuklah – sambungan port USB-C, menggunakan sistem operasi Android 10 dengan pelancar realme UI, sokongan Dolby Atmos dan sebagainya.


Paling Popular