Cari @ Amanz

Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menyebabkan berlakunya kematian. Di India misalnya khabar angin yang disebarkan menerusi laman media sosial mengakibatkan insan terkorban kerana penjualan daging lembu yang dianggap suci. Twitter ialah platform yang turut mempunyai masalah penyebaran maklumat tidak sahih yang kronik.

Hari ini ini mereka melancarkan Birdwatch, ciri terbaru yang memudahkan lagi ciapan dengan maklumat tidak sahih dilaporkan. Pengguna boleh meninggalkan nota untuk membetulkan maklumat yang tidak sahih ini. Kesemua nota yang ditinggalkan pengguna kemudiannya boleh dilihat di lama Birdwatch tetapi tidak di bawah ciapan asal.

Buat masa ini Birdwatch hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pengguna global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd