Dengan peranti yang terkini ramai mungkin menyangka ia pastinya menggunakan segala serbi terkini. Tetapi dalam kes siri Samsung Galaxy S21, satu ciri yang sebenarnya sudah agak lama diperkenalkan pada Android tidak disertakan.
Ciri tersebut ialah Seemless Update. Menerusinya komponen sistem operasi boleh dikemaskini di latar belakang dan dipasang tanpa peranti menjalani proses but semula. Ketiadaan sokongan ini disahkan oleh lama AndroidPolice. Seemeless Update telah wujud sejak 2016 dan adalah langkah Android untuk mengelakkan gangguan apabila tampalan sekuriti atau kemas kini sistem operasi perlu dilakukan.
Semua pemilik peranti tahu proses mengemaskini dua komponen ini mengambil masa yang agak lama sehingga membuatkan peranti tidak boleh digunakan selagi ia belum siap
Tidak diketahui mengapa Samsung tidak menyokongnya pada waktu ini. Tetapi yang pasti ia pastinya sedikit mengecewakan. Yang boleh mengubat kekecewaan hanyalah Samsung kini semakin kerap dan cepat memberikan tampalan sekuriti kepada peranti. Pada peranti mercu pula sokongan sistem operasi akan diberikan sehingga tiga tahun pasca pelancaran.