Spotify Kini Menawarkan Buku Audio – Hadir Dengan Sembilan Karya Sastera Klasik

Diterbitkan pada Jan 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula dengan penawaran muzik diikuti pula dengan video sebelum pergi pula ke podcast. Evolusi Spotify sebagai pelantar penstriman dapat dilihat berlaku dengan pantas bagi memastikan ia sentiasa berada di hadapan pesaing. Terkini mereka kini menawarkan pula buku dalam bentuk audio pada platform mereka. Penawaran awal ialah sembilan karya klasik di bawah.

  • Cane karya Jean Toomer dibaca oleh Audra McDonald
  • Frankenstein karya Mary Shelley dibaca oleh David Dobrik
  • Great Expectations karya Charles Dickens dibaca oleh James Langton
  • Jane Eyre karya Charlotte Bronte dibaca oleh by Sarah Coombs
  • Narrative of the Life of Frederick Douglass, an American Slave karya Frederik Douglass dibaca oleh Forest Whitaker
  • Passing karya Nella Larsen dibaca oleh Bahni Turpin
  • Persuasion karya Jane Austen dibaca oleh Cynthia Erivo
  • Red Badge of Courage karya Stephen Crane dibaca oleh Santino Fontana
  • The Awakening karya Kate Chopin dibaca oleh Hilary Swank

Kesemua karya klasik ini boleh distrim oleh pendengar tanpa walaupun pelanggan akaun percuma. Dengan penawaran buku audio, Spotify dilihat cuba bersaing dengan Audible, Google Play Books dan Audiobooks yang menawarkan kandungan yang sama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami