Cari @ Amanz

Sikorsky-Boeing hari ini mengumumkan pelancaran DEFIANT X sebagai helikopter yang akan menyertakan perlumbaan untuk memenangi kontrak Future Long Range Assault Aircraft (FLRAA) Tentera Amerika Syarikat. Dengan pengumuman ini ia bukan lagi dikenali sebagai SB>1 yang diperlihatkan dua tahun lalu.

DEFIANT X dilengkapi dua pasang kipas utama yang bertingkat dan sebuah kipas penolak pada bahagian ekor. Dengan sistem ini, helikopter yang dapat bergerak lebih pantas dan stabil dapat dihasilkan. Projek FLRAA bertujuan menggantikan helikopter UH-60 Black Hawk, yang kini sudah berusia.

Berasakan platform DEFIANT X, helikopter tempur yang ingin menggantikan AH-64 Apache, CH-47 Chinook dan OH-58 Kiowa juga kan dihasilkan. Antara keperluan generasi baru ialah kelajuan lebih tinggi, lebih senyap, prestasi lebih tinggi dan pengeluaran haba lebih rendah bagi mengelakkan serangan musuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd