Cari @ Amanz

Pada malam semalam, telah tular sebuah video yang dikeluarkan oleh “Anonymous Malaysia”, dimana kumpulan berkenaan memberikan amaran terhadap sistem teknologi yang diuruskan oleh agensi kerajaan yang mempunyai sejumlah kelompongan.

Anonymous Malaysia mengatakan sistem sekuriti kerajaan adalah rendah yang mungkin terdedah untuk membawa kepada kebocoran data – atau digodam oleh pihak ketiga dan data dijual oleh yang lain. Sebelum ini sendiri terdapat beberapa kebocoran data yang melibatkan jutaan data rakyat Malaysia.

Selari dengannya, kini Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan dengannya – dan mengatakan memandang serius ancaman berkenaan.

MKN mengatakan telah mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan tersebut.

MKN turut mengatakan kerajaan ammat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan, serta siste kritikal negara dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd