Cari @ Amanz

Data pengguna kini telah menjadi salah satu ancaman besar, dimana ramai pihak tidak bertanggungjawab mendapatkannya dan menjual ia untuk beberapa tujuan. Terbaru, melalui laporan Vice Motherboard, ia didapati terdapat sebuah bot Telegram yang sedang menjual data berbentuk nommbor telefon pengguna Facebook.

Mengikut pengkaji sekuriti, bot berkenaan dilihat mempunyai data untuk 533 juta pengguna Facebook – yang hadir melalui salah satu kerentanan yang telah dibaiki pada 2019 lepas.

Bot Telegram ini dilihat membolehkan pengguna memasukkan ID pengguna Facebook, dan mendapatkan nombor telefon pengguna berkenaan – sekiranya terdapat dalam pangkalan data berkenaan. Seseorang akan perlu membayar antara $20 untuk satu informasi, atau $5000 untuk sekitar 10,000 kredit untuk dapatkan informasi berkenaan.

Memandangkan ramai pengguna jarang mengubah nombor telefon kerap, maka kerentanan ini adalah salah satu yang serius, dan memberikan ancaman kepada ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd