Terbaru, ia didapati terdapat sebuah pautan hasad yang tersebar melalui WhatsApp, dimana apabila ia diklik, pautan hasad berkenaan membawa kepada laman seumpama Google Play Store, dan membuatkan pengguna memuat-turun sebuah aplikasi dinamakan Huawei Mobile.
Perisian hasad ini, seterusnya selepas dipasang, akan mula menghantar pautan untuk memuat-turun ia dan menyebarkannya kepada lebih ramai pengguna secara automatik apabila anda menerima mesej WhatsApp baharu.
Daripada kajian pakar sekuriti, ia dilihat perisian hasad ini menggunakan ciri kebolehan membalas dengan pantas pada WhatsApp untuk tujuan menyebarkan mesej pautan berkenaan kepada yang lain.
Buat masa ini, tiada sebarang pencurian data yang lain dilakukan perisian hasad ini – tetapi tidak mustahil ia dieksploitasi pada masa akan datang.
Bagi para pengguna, anda dinasihatkan untuk berhati-hati, dan sering memasang aplikasi daripada kedai aplikasi rasmi sahaja.