Twitter hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih Revue, salah satu platform yang memudahkan para penulis dalam menerbitkan buletin emel mereka tersendiri.
Dengan langkah ini, ia akan memudahkan penulisan artikel yang lebih panjang – sekaligus melengkapkan lagi ekosistem dibawah Twitter.

Integrasi Twitter dan Revue juga akan membolehkan para penulis untuk kekal berhubung dengan pengikut mereka, dan menyokong melalui langganan berbayar dan sebagainya di Revue.
Twitter turut mengumumkan bermula hari ini, semua ciri Revue Pro akan ditawarkan secara percuma untuk semua. Disamping itu, Twitter akan terus melabur dalam membangunkan perkhidmatan dan platfor Revue ini – sekaligus mengembangkan lagi ekosistem penulisan, wartawan dan sebagainya.
- Info
- Layari : Revue