Samsung Galaxy S21 Ditawarkan Di Malaysia Bermula 29 Januari 2021

Samsung Galaxy S21 Ditawarkan Di Malaysia Bermula 29 Januari 2021

Diterbitkan pada Jan 26, 2021 oleh .

Samsung Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar dibawah siri Galaxy S21 untuk pasaran tempatan bermula 29 Januari 2021 kelak. Sebanyak tiga model ditawarkan, iaitu Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan juga Galaxy S21 Ultra 5G.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S21 5G dengan 256GB storan dan 8GB RAM ditawarkan pada harga RM3699.

Samsung Galaxy S21+ 5G pula hadir dengan 256GB storan dan 8GB RAM pada harga RM4299.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G pula ditawarkan dalam dua pilihan. Versi ini ditawarkan pada harga RM5299 untuk model 12GB RAM dan storan 256GB, sementara model 16GB RAM dan 512GB storan ditawarkan pada harga RM5899

Bersama-sama pembelian siri Galaxy S21 ini, Samsung turut menawarkan tawaran eksklusif tambahan seperti Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag, dan juga Wireless Charger Trio.

Seperti biasa, anda boleh dapatkannya melalui kedai rasmi Samsung seluruh negara bermula 29 Januari 2021 ini, selain di kedai pengedar, rakan kerjasama, termasuk kedai atas-talian Lazada dan Shopee.


Paling Popular