Cari @ Amanz

Samsung hari ini mengembangkan penggunaan ciri ECG dan membaca tekanan darah pada jam tangan Galaxy Watch3 dan Galaxy Watch Active2 ke 31 lagi negara. Pengguna di negara-negara ini boleh memuat turun aplikasi Samsung Health Monitor yang sebelum ini hanya ditawarkan di Korea Selatan untuk menggunakan dua fungsi penjejakan kesihatan ini.

Samsung mengatakan aplikasi Samsung Health Monitor telah dimuat turun lebih sejuta kali selepas diperkenalkan. Dengan pengenalan dua ciri ini, pengguna dapat mengesan masalah jantung lebih awal dan mengelakkan kerosakan organ akibat tekanan darah tinggi. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Senarai 31 negara yang akan menerima Samsung Health Monitor adalah seperti di bawah. Kemas kini akan diberikan secara berperingkat bermula 4 Februari ini. Bagi pengguna dua jam tangan pintar ini di Malaysia, penantian diteruskan.

  1. Austria
  2. Belanda
  3. Belgium
  4. Bulgaria
  5. Chile
  6. Croatia
  7. Denmark
  8. Estonia
  9. Finland 
  10. Greece 
  11. Hungary
  12. Iceland
  13. Indonesia
  14. Ireland
  15. Italy
  16. Jerman
  17. Latvia
  18. Lithuania
  19. Norway
  20. Perancis
  21. Poland
  22. Portugal 
  23. Republic Czech
  24. Romania
  25. Sepanyol 
  26. Slovakia 
  27. Slovenia
  28. Sweden 
  29. Switzerland
  30. UAE
  31. UK 
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd