Cari @ Amanz

Antara perkara yang paling menakjubkan mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra ialah ketahanan bateri yang lebih baik berbanding generasi terdahulu walaupun pada tetapan WQHD+ 120Hz. Misteri mengapa ini berlaku terjawab selepas Samsung Display mengumumkan peranti ini menggunakan skrin OLED generasi terkini.

Skrin OLED terkini mengurangkan penggunaan bateri sehingga 16% tetapi pada waktu yang sama masih lagi menawarkan keterangan yang lebih tinggi. Ia dilakukan menerusi bahan organik yang lebih efisien yang mempercepatkan pergerakan elektron. Dengan teknologi 5G yang memerlukan lebih banyak kuasa bateri, penjimatan tenaga pada adalah perlu bagi membolehkan peranti kekal berfungsi sepanjang hari.

Setakat ini hanya Galaxy S21 Ultra disahkan menggunakan skrin OLED ini Tetapi pastinya ia akan digunakan pengeluar lain kerana ia dilakukan Samsung Display sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd