CIMB kini dilihat menghadapi sedikit masalah dengan perkhidmatan perbankan atas-talian mereka. Melalui laman perbankan, CIMB mengatakan yang mana mereka kini menerima trafik sedikit tinggi berbanding kebiasaan – yang memberikan maksud, mungkin menjadikan laman mereka sedikit perlahan.
Pada masa yang sama, CIMB turut memaklumkan yang mana perkhidmatan Instant Transfer pada CIMBClicks tergendala buat sementara waktu.

Melalui laman khusus yang disediakan, pihak CIMB tidak memberikan sebarang masa berkenaan bilakah ia akan diatasi. Sebagai alternatif, CIMB meminta pengguna menggunakan ciri penghantaran DuitNow atau Interbank GIRO untuk penghantaran wang ke akaun lain.