Cari @ Amanz

Untuk pengguna peranti OnePlus 6 keatas, termasuk OnePlus Nord yang menggunakan system opeasi Android 10, ia telah dilaporkan bahawa kemaskini untuk pelancar Oxygen OS 11 terbaru sudahpun tiba, ataupun akan tiba untuk peranti-peranti tersebut.

Sayangnya, kemaskini untuk peranti-peranti ini hanyalah kemasan pada bahagian pelancar sahaja. Untuk peranti ini, seperti OnePlus 6, OnePlus 6T dan OnePlus Nord, kemaskini ini tidak alan menaiktarafkan peranti mereka ke Android 11, tetapi hanyalah sekadar perubahan dari segi antaramuka talam aplikasi, dan penambahan ciri carian yang baru.

Model OnePlus Nord 5G dan Nord N100 akan menerima kemaskini antaramuka ini menjelang penghujung minggu ini.

Oxygen OS 11 sebenar masih lagi berada dalam fasa beta pada peranti-peranti OnePlus 7 keatas dan OnePlus Nord terpilih,

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd