Carian
Ujian Klinikal Vaksin COVID-19 Bermula Hari Ini – Melibatkan 9 Hospital Dan 3000 Sukarelawan
January 27, 2021 Nazrin

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mencari sukarelawan untuk menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19.

Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa ujian tersebut telah bermula hari ini, dengan sejumlah 3000 orang sukarelawan yang akan menjalani ujian tersebut di sembilan hospital kerajaan di seluruh negara.

Beliau berkata lagi ujian vaksin ini akan dikendalikan oleh Clinical Research Malaysia, dimana separuh daripada sukarelawan ini akan menerima suntikan vaksin, manakala separuh lagi akan menerima suntikan placebo.

Vaksin yang akan digunakan dalam ujian ini adalah daripada Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences yang mana fasa ujian ini merupakan fasa ketiga dalam mengesahkan keberkesanan vaksin tersebut.

Sukarelwan ujian akan menerima dua suntikan selang 14 hari, dimana dalam dua bulan pertama mereka akan perlu melakukan enam lawatan ke hospital, dan selepas itu, satu lagi lawatan ke hospital untuk mengesahkan keberkesanannya selepas 13 bulan.

Menurut laporan, vaksin-vaksin ujian ini sedang diagihkan ke hospital-hospital berkenaan dan kumpulan pertama yang akan menerima vaksin ini dijangka akan disuntik pada penghujung bulan ini, ataupun awal bulan hadapan.

Komen