Calon Pentadbiran Biden Berikrar Melindungi Rangkaian Telekomunikasi Amerika Syarikat Daripada Firma Seperti Huawei Dan ZTE

Calon Pentadbiran Biden Berikrar Melindungi Rangkaian Telekomunikasi Amerika Syarikat Daripada Firma Seperti Huawei Dan ZTE

Diterbitkan pada Jan 27, 2021 oleh .

Amerika Syarikat kini telah berubah kepada pentadbiran baharu dibawah Presiden Joe Biden. Dengan perubahan ini, semestinya ramai yang sedang menantikan apakah perubahan yang akan dibawakan terhadap syarikat teknologi seperti Huawei.

Bercakap mengenainya, calon ketua Jabatan Perdagangan AS yang baharu mengatakan berikrar untuk terus melindungi rangkaian telekomunikasi Amerika daripada syarikat China. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana mereka tidak akan menggunakan infrastruktur telekomunikasi daripada pihak Huawei atau ZTE.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada Huawei akan kekal dalam senarai entiti yang disenarai hitamkan secara keseluruhan seperti sekarang atau sebaliknya.

Pihak Jabatan Perdagangan AS juga mengatakan mereka akan menyemak kembali pelbagai polisi, semak dengan kerajaan, industri dan rakan kerjasama dalam menentukan sama ada terus mengekalkan Huawei dalam senarai hitam ekonomi atau sebaliknya. Penilaian dijangka dilakukan berdasarkan apa yang terbaik untuk Amerika dan juga ekonomi.

Sebelum ini, Huawei telah diharamkan daripada menggunakan teknologi milik syarikat Amerika, termasuk memberi kesan terhadap penawaran telefon pintar mereka yang menggunakan komponen keluaran firma Amerika dan juga kedai aplikasi Google Play yang berpusat di Amerika.

Selain Huawei, sejumlah syarikat lain juga terkesan sebelum ini, termasuk seperti TikTok, WeChat, ZTE, SMIC, DJI dan lain-lain.


Paling Popular