Cari @ Amanz

Dengan pelancaran siri CPU AMD Ryzen 5000 pada tahun lepas, AMD telah dilihat jauh meninggalkan Intel dalam pemasaran dan penjualan CPU pada tahun lepas.

Pada suku keempat 2020, pendapatan kasar AMD dilihat meningkat sehingga $3.2 bilion (~RM12.4 bilion) dan pendapatan bersih $1.4 bilion (~RM5.6 bilion), yang memperlihatkan keuntungan berpuluh kali ganda berbanding suku yang sama pada tahun sebelum ini.

Ia juga adalah pengetahuan umum bahawa cip-cip pemprosesan terbaru ini cukup sukar sekali untuk dibeli di pasaran, dan menurut AMD, bekalan CPU-CPU ini akan terus berkurangan sehingga selepas suku kedua tahun ini.

PlayStation 5

Walaupun begitu, laporan kewangan AMD mengatakan bahawa mereka masih lagi mempunyai inventori CPU bernilai $1.4 bilion yang belum dijual. Walaupun begitu, menurut laporan Tom’s Hardware, bekalan CPU ini bukanlah cip pemprosesan yang lengkap, dan masih lagi berada dalam pelbagai proses pembangunan, tetapi masih lagi dimasukkan dalam laporan sebagai bekalan sedia ada.

Peminat dan pembangun komputer rata-rata dilihat membeli semua CPU yang dikeluarkan oleh mereka pada tahun lepas, dan disamping itu, oleh kerana konsol permainan Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X terbaru semuanya dikuasakan cip-cip pemprosesan AMD ini.

Setelah menguasai pasaran komputer desktop global, AMD telah memperkenalkan siri CPU dan kad grafik khusus untuk komputer riba untuk menunjukkan kebolehan mereka di pasaran komputer riba gaming dan produktiviti pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd