Richard Yu Yang Mempopularkan Nama Huawei Dalam Arena Telefon Pintar, Turut Akan Menerajui Bahagian AI Dan Perkomputeran Awan

Diterbitkan pada Jan 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Richard Yu, ketua bahagian telefon pintar Huawei, kini telah dilantik untuk turut menerajui bahagian perkomputeran awan dan juga kecerdasan buatan Huawei.

Richard Yu sebelum ini telah mengubah Huawei daripada hanya mengeluarkan telefon pintar untuk pihak lain, kepada menjadi sebuah syarikat telefon pintar terkemuka dunia dengan pegangan pasaran yang tinggi. Apa pun, halangan dagangan daripada kerajaan Amerika Syarikat memberikan impak terhadap perniagaan berkenaan.

Menurut laporan terbaru, Richard Yu dikatakan akan turut menerajui perniagaan bahagian kecerdasan buatan dan juga perkomputeran awan bermula Februari ini.

Huawei P40

Dengan penambahan ini, ia sekaligus memperlihatkan Huawei sedang melihat kepada kedua-dua bahagian ini dalam memperkembangkannya dan memfokuskan ia untuk tahun-tahun akan datang.

Sebelum ini, telah hadir desas-desus yang mana Huawei mungkin menjual beberapa siri peranti mereka disebabkan kesukaran mendapatkan komponen dan pelbagai halangan yang dihadapi oleh mereka. Ia tidak diketahui lagi sama ada pentadbiran baharu Amerika akan mengubahnya atau tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami