Facebook Ingin Mengurangkan Kandungan Politik Pada News Feed

Facebook Ingin Mengurangkan Kandungan Politik Pada News Feed

Diterbitkan pada Jan 28, 2021 oleh .

Mark Zuckerberg hari ini telah mengumumkan pendapatan suku tahun yang lepas untuk Facebook. Selari dengannya, beberapa perkara lanjutan telah dikongsikan.

Salah satunya adalah menyentuh  berkaitan dengan kandungan politik pada platform berkenaan.

Mark Zuckerberg mengatakan Facebook mempertimbangkan untuk mengurangkan kandungan berbentuk politik pada News Feed. Pengguna masih terbuka untuk berinteraksi dengan halaman atau kumpulan yang mereka minat, tetapi kandungan berbentuk politik dijangka akan dikurangkan capaiannya pada News Feed pengguna.

Disamping itu, Facebook juga sedang melihat untuk mengurangkan cadangan Facebook Groups berbentuk politik pada perkhidmatan mereka.

Sebelum ini, ramai telah mengkritik Facebook yang dikatakan memberikan impak terhadap pilihan pengguna ketika mengundi dan sebagainya. Buat masa ini, ia dijangka Facebook akan memulakan perubahan ini bermula di Amerika Syarikat terlebih dahulu.


Paling Popular