Canon Akan Melancarkan Set Realiti Terimbuh MREAL S1 Februari Ini

Canon Akan Melancarkan Set Realiti Terimbuh MREAL S1 Februari Ini

Diterbitkan pada Jan 28, 2021 oleh .

Sebagai jenama besar dalam dunia fotografi, perniagaan mereka terjejas teruk akibat pandemik dan juga pengguna yang kini tidak lagi membeli kamera digital. Maka Canon perlu mencari cara lain untuk memastikan kelangsungan syarikat. Antara perniagaan yang mungkin menguntungkan ialah menghasilkan set realiti terimbuh.

Canon MREAL S1 ialah set kepala realiti terimbuh terkini mereka. Apabila dipakai, dunia maya dapat diagungkan dengan dunia sebesar. Dua buat kamera di bahagian luar akan memberikan pemandangan dunia sebenar kepada pemakai yang matanya dihalang oleh sebuah skrin.

Canon menyasarkan penggunaan MREAL S1 di dalam industri pembinaan, pengilangan dan automotif. Model 3D objek yang sedang dalam proses prototaip boleh dilihat dalam dunia sebenar secara masa nyata sebelum projek diteruskan ke fasa seterusnya. Canon MREAL S1 akan dilancarkan pada Februari ini pada harga sekitar Yen 4 juta (~RM155,000).


Paling Popular