Aplikasi TheNoor Kini Sudah Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Jan 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya aplikasi TheNoor kini dilancarkan secara rasmi. Aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian tersebut diperkenalkan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

Pelbagai ciri boleh ditemui pada aplikasi ini – ia termasuklah informasi waktu solat, pemberitahuan azan, petunjuk arah kiblat, carian untuk masjid terdekat, kemas kini cuaca, himpunan ayat al-Quran berserta terjemahan dan banyak lagi. Lebih menariknya, aplikasi ini turut dilengkapi sehingga 5 bahasa utama untuk terjemahan termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, Tamil dan Indonesia.

Seterusnya, penggunaan kombinasi warna yang terang dan menonjol pada beberapa tema yang tersedia – menjadikan antaramuka pada aplikasi ini kelihatan menyerlah. Seterusnya, membuatkannya kelihatan sedikit berbeza dengan daya tarikan yang tersendiri. Konsep yang diketengahkan juga kelihatan ringkas, ceria dan mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk untuk difahami.

Aplikasi The Noor tersedia untuk peranti iOS dan Android. Ketersediaan adalah percuma tanpa sebarang iklan. Namun setakat artikel ini ditulis, ia sudah boleh dimuat-turun menerusi AppStore. Sementara itu, belum ditemui menerusi Google PlayStore.  Tetapi, artikel ini akan dikemaskini semula selepas ia mula ditawarkan kepada umum kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami