Cari @ Amanz

Semalam kami ada melaporkan bahawa Intel telah memperkenalkan kad grafik Intel DG-1 untuk komputer desktop siap-pasang dengan harga mampu milik, dan tidak akan dipasarkan ataupun dijual secara berasingan.

Menurut Intel, kad grafik DG-1 ini hanya akan menyokong cip pemprosesan desktop Intel generasi ke-9 dan ke-10 dan hanya boleh digunakan pada papan-papan induk terpilih seperti B460, H410, B365 dan H310C terpilih kerana kemaskini BIOS yang diperlukan untuk menggerakkan kad grafik ini.

Ini bermakna bahawa kad grafik Intel DG-1 ini hanya boleh digunakan didalam komputer desktop yang baru, dan komputer-komputer yang menggunakan CPU Intel yang lama tidak akan disokong. Konfigurasi dengan CPU dan papan induk AMD juga nampaknya tidak akan boleh digunakan.

Komputer-komputer yang menggunakan cip pemprosesan grafik DG-1 ini dikatakan akan hadir di pasaran tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd