WhatsApp baru-baru ini telah memperkenalkan ciri pengesahan biometrik menggunakan cap jari ataupun wajah sebagai langkah sekuriti tambahan untuk mengaktifkan aplikasi tersebut pada mod desktop.
Ciri ini, yang sedang dikemaskini secara berperingkat kepada semua pengguna, akan meminta pemilik peranti untuk mengesahkan identiti menggunakan imbasan cap jari ataupun muka sebelum kamera diaktifkan untuk mengimbas kod QR pada pelayar web ataupun aplikasi WhatsApp desktop.

Menurut beberapa laporan, ciri ini akan diaktifkan sepanjang masa kecuali apabila ciri biometrik itu sendiri dinyahaktifkan pada peranti pintar pengguna.
Ciri pengesahan biometrik ini akan ditawarkan untuk semua peranti dan sistem operasi mudah alih yang menawarkan aplikasi WhatsApp ini.