Apple Mendominasi Pasaran TWS Pada 2020 – Diikuti Xiaomi, Samsung, Huawei Dan Realme

Diterbitkan pada Jan 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Strategy Analytics kini telah mengeluarakn laporan analisa terbaru mereka berkaitan dengan pasaran fon telinga nirwayar atau turut dikenali ramai sebagai TWS. 

Secara keseluruhan, pasaran TWS memperlihatkan peningkatan sehingga 90% pada tahun 2020 lepas. Ini boleh dikatakan disebabkan penawaran telefon pintar yang kini tidak hadir dengan bicu audio, disamping penawaran TWS pada harga sangat kompetitif akhir-akhir ini, dan turut telah menjadi salah satu aksesori gaya hidup.

Melalui data yang dikongsikan, Apple menerajui pasaran TWS sepanjang tahun 2020 dengan pegangan pasaran paling tinggi, dan diikuti oleh Xiaomi, Samsung, Huawei dan juga Realme.

Ia turut dijangka pasaran TWS akan menerima persaingan sengit daripada pengeluar peranti dari China pada tahun 2021 ini, dan mencuri lagi pegangan pasaran yang diterajui Apple kini.

Walaupun terdapat lambakan penawaran TWS di pasaran hari ini, namun kajian memperlihatkan hanya sekitar kurang 1 daripada 10 orang yang memiliki fon telinga berasaskan Bluetooth pada hari ini – memperlihatkan peluang penawaran pasaran yang tinggi pada peringkat global.

Bagi anda sendiri, adakah anda memiliki TWS? Apakah jenama yang digunakan anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami