Cari @ Amanz

Canalys kini telah mengeluarkan data berkaitan angka jualan telefon pintar pada pasaran global untuk suku ke-4 2020 yang lepas.

Menduduki tangga pertama pasaran ketika suku ke-4 2020 yang lepas adalah Apple, sekaligus menewaskan Samsung. Ini mungkin selari dengan penawaran iPhone 12 untuk pasaran global – sekaligus membolehkan mereka menerajui pasaran telefon pintar dunia.

Di tangga kedua adalah Samsung, dan seterusnya diikuti oleh Xiaomi. Oppo dan Vivo masing-masing ditangga ke empat dan kelima.

Huawei pula dilihat menduduki tangga ke-6 pasaran peranti – sekaligus menjadikan pengeluar dari China berkenaan terkeluar daripada angka lima teratas, salah satunya disebabkan oleh halangan dagangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

Menurut Canalys, jikalau mengikut untuk keseluruhan tahun 2020 lepas, Samsung menduduki tangga pertama, diikuti oleh Apple dan Huawei, seterusnya adalah Xiaomi, serta Oppo.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd