3.3 Bilion Pengguna Menggunakan Aplikasi Dibawah Facebook Setiap Bulan

Diterbitkan pada Jan 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook kini telah mengumumkan penyata kewangan mereka untuk suku ke-4 2020 yang lepas, sekaligus berkongsi sejumlah statistik menarik berkaitan produk mereka.

Salah satunya adalah berkaitan dengan pengguna produk mereka.

Facebook mengatakan perkhidmatan Facebook sendiri digunakan 1.84 bilion pengguna setiap hari pada Disember 2020 lepas. Secara purata, Facebook mempunyai sekitar 2.8 bilion pengguna aktif bulanan.

Menariknya, secara keseluruhan meliputi Instagram dan WhatsApp, keluarga aplikasi Facebook mempunyai pengguna aktif seramai 2.6 bilion setiap hari. Angka berkenaan meningkat kepada 3.3 bilion pengguna aktif pada setiap bulan.

Seperti biasa, Facebook sering melihat untuk mengambil-alih sejumlah perkhidmatan, atau memperkenalkan ciri-ciri baharu dalam terus menarik dan meningkatkan pengguna aktif mereka dari hari ke hari.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami