Cari @ Amanz

Hari ini kami melaporkan yang terdapat 1.65 bilion peranti Apple yang sedang aktif digunakan. 1 bilion daripadanya adalah iPhone sahaja. Ini tidak terkejut kerana Apple kini semakin agresif memasarkan iPhone dengan penawaran sehingga lima model sepanjang 2020 dan pada masa yang sama mengekalkan jualan model terdahulu pada harga yang lebih mampu milik.

Laporan dari BusinessWire pula mencatatkan yang Apple adalah pengeluar peranti nombor satu sepanjang suku keempat tahun 2020. Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya untuk suku keempat sesuatu tahun – Apple mengutip keuntungan sebanyak lebih $100 billion (~RM405 Bilion). Apple juga memegang pasaran peranti sebanyak 23.4%, diikuti oleh Samsung dengan jumlah pegangan 19.1%, Xiaomi 11.2%, Oppo 8.8% dan Huawei walaupun ada masalah dengan Amerika Syarikat masih boleh berada di tangga kelima dengan pegangan 8.4%. Pegangan Huawei menurun sebanyak 42.4% selepas hanya memasarkan 32.3 juta peranti tahun-ke-tahun.

Apple dikatakan menjadi tempat pertama pada suku keempat tahun lepas, kerana permintaan iPhone 12 yang tinggi. Walaupun begitu, pegangan sepanjang tahun 2020 masih dipegang oleh Samsung disebabkan oleh Galaxy A. Peranti ini sahaja menyumbang sehingga pegangan peranti di pasaran Samsung adalah 20%. Apple menjadi tempat kedua dan Huawei masih berada di nombor ketiga. Tidak dinafikan yang Covid-19 turut menjejaskan pasaran, tetapi tahun-ke-tahun 385.9 juta peranti berjata dipasarkan pada bulan Disember 2020.

Walaupun ada rekod yang menyatakan pasaran peranti semakin menurun disebabkan pandemik, iaitu sekitar 5.9%-7% daripada biasa. Menurut pakar, jika merujuk rekod suku keempat ini pengeluaran dan pasaran peranti akan kembali stabil pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd