Mark Zuckerberg Mengatakan Kini Apple Merupakan Salah Satu Pesaing Terbesar Facebook

Mark Zuckerberg Mengatakan Kini Apple Merupakan Salah Satu Pesaing Terbesar Facebook

Diterbitkan pada Jan 28, 2021 oleh .

Mark Zuckerberg kini telah berkongsi beberapa perkara ketika panggilan kewangan, termasuk berkaitan angka pengguna mereka. Pada perkongsian berkenaan, beliau turut mengatakan yang mana kini Apple sedang menjadi salah satu pesaing terbesar untuk Facebook.

Salah satunya adalah dibawah permesejan. Mark Zuckerberg mengatakan perkhidmatan iMessage dibawah Apple bersaing secara terus bersama Messenger dan juga WhatsApp.

iMessage hadir secara terbina pada iPhone, dan mempunyai sejumlah kebenaran yang telah diaktifkan – sekaligus menyukarkan mereka bersaing dengannya di Amerika Syarikat. Beliau turut mengatakan Apple tidak selari dengan fokus terhadap privasi, dimana ia diperkatakan iMessage kurang privasi berbanding WhatsApp.

Apple juga kini akan mengaktifkan ciri privasi baharu pada iOS14 yang menyukarkan penjejak, dan dijangka akan memberikan impak terhadap pendapatan pengiklanan Facebook.

Menurut Mark Zuckerberg lagi, Apple kini lebih memfokuskan perniagaan dalam mendapatkan pegangan pada aplikasi dan perkhidmatan – sekaligus bersaing dengan pembangun lain, apatah lagi Apple mempunyai platform operasi mereka tersendiri yang memberikan keutamaan kepada aplikasi yang dibangunkan oleh mereka.


Paling Popular