Cari @ Amanz

Facebook kini dilaporkan sedang dalam persiapan dan mungkin memfailkan saman ke atas Apple.

Facebook dijangka memfailkan saman, mengatakan Apple telah menyalah-guna posisi mereka dalam pasaran telefon pintar dan memaksa pembangun aplikasi untuk mengikut sejumlah terma – tetapi Apple sendiri tidak mengikuti terma berkenaan.

Disamping itu, Facebook juga dijangka membangunkan kes berkenaan meliputi beberapa perkara – termasuk peraturan Apple yang memaksa pembangun aplikasi untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran mereka, sekaligus menyukarkan yang lain bersaing dengan Apple.

Selain Facebook, sebelum ini Epic Games turut telah memfailkan saman supaya Apple mengubah beberapa peraturan pada kedai aplikasi mereka ini.

Sebelum ini, Apple pernah mengatakan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam pasaran telefon pintar, dan peraturan berkenaan adalah supaya pengguna lebih selamat dan tidak menjadi mangsa perisian hasad dan penipuan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan laporan terbaru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd