Samsung Akan Membekalkan 1 Juta Panel Skrin Boleh-Lipat Ke Pengeluar Peranti Di China

Samsung Akan Membekalkan 1 Juta Panel Skrin Boleh-Lipat Ke Pengeluar Peranti Di China

Diterbitkan pada Jan 28, 2021 oleh .

Kalau sebut sahaja teknologi skrin, pasti jenama Samsung orang ramai akan puji. Kebanyakan peranti dengan skrin OLED yang berada di pasaran menggunakan panel AMOLED daripada Samsung. Panel skrin Samsung sentiasa cantik, cerah, cukup gelap untuk warna hitam, menyokong HDR dan banyak lagi. Samsung juga antara yang terawal memasarkan peranti dengan skrin-boleh lipat secara komersil. Skrin itu pun adalah jenis OLED.

Sehingga hari ini, skrin boleh-lipat Samsung hanya dibekalkan kepada Samsung Electronics untuk peranti Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Buat pertama kalinya, Samsung akan membekalkan skrin ini kepada pengeluar peranti di China. Menurut laporan dari ETNews, Samsung akan membekalkan sebanyak 1 juta panel skrin boleh-lipat ini kepada beberapa pengeluar peranti China. Malah, sumber menyatakan Samsung telah pun bekerjasama dengan beberapa syarikat dengan memberikan sampel opanel skrin sejak dari 2-3 tahun lagi. Huawei adalah antara syarikat tersebut, tetapi disebabkan perang perdagangan – Huawei menggunakan panel skrin dari BOE.

Beberapa syarikat China dilaporkan akan hadir dengan peranti boleh-lipat seawal suku ketiga 2021. Disebabkan Samsung adalah satu-satunya syarikat global yang mempunyai bekalan skrin ini, jenama seperti TCL dan BOE perlu bekerja keras lagi dalam memasarkan produk yang lebih kurang sama. Skrin BOE sudah pun digunakan pada Motorola Razr, Lenovo ThinkPad X1, dan Huawei Mate X – tetapi pasarannya masih terhad.


Paling Popular