Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 11 adalah peranti pertama dunia yang dijana dengan cip Snapdragon 888. Peranti kedua adalah siri Samsung Galaxy S21 untuk pasaran luar dan sehingga hari ini masih tiada sebarang informasi mengenai kehadiran peranti ini di Malaysia.

Terkini, Xiaomi Malaysia mula mengacah kehadiran peranti ini ke pasaran tempatan. Tiada butiran lain seperti harga atau tarikh. Mi 11 adalah antara peranti yang menarik perhatian orang ramai, di China juga kerap kehabisan stok. Jadi tidak terkejut kalau ada masalah stok dan menyebabkan kelewatan untuk tiba ke pasaran tempatan.

Xiaomi turut menekankan penggunaan aplikasi Google dan sistem keselamatan Google Play Protect. Ini adalah antara salah satu jenama yang muka bergerak ke arah pengalaman pengguna Android asli seperti menekankan penggunaan Google Message, Google Photos dan banyak lagi. Ia juga seakan mengejek Huawei yang tidak mempunyai GMS. Kerana jika semasa Huawei ada GMS, tiada satu jenama pun tekankan penggunaan perkhidmatan Google sehebat ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd