Sebuah peranti Realme dengan kod model RMX3121 kini dilaporkan tertiris. Ia bukan sahaja ditemui di laman TEENA, bahkan turut telah melepasi laman pensijilan 3C dengan kod model yang sama. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama model. Namun, spekulasi awal mengatakan ia mungkin dikenali sebagai Realme V13.

Menurut TEENA, peranti ini akan menggunakan paparan hadapan bertakuk kecil. Seterusnya, panel belakang pula memperlihatkan modul kamera segi empat yang akan menyertakan tiga kamera utama. Info lanjut mengenai tetapan kameranya masih tidak diketahui lagi. Namun, ia mungkin dilengkapi sekurang-kurang satu sensor 2-Megapixel untuk penggunaan yang terhad.
Kemudian, peranti pintar ini juga dipercayai hadir dengan pengimbas cap jari sisi, sambungan rangkaian 5G terbina, bateri berkapasiti 5000mAh dan sistem operasi Android 11. Namun begitu, maklumat dikongsi masih diperingkat ura-ura dan pihak Realme juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini.