Carian
ZTE Axon 30 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera 200MP?
January 29, 2021 Fahim Zahar

Beberapa minggu lepas lalu, ZTE mengesahkan yang mereka sudah bersedia untuk melancarkan peranti dengan kamera bawah skrin generasi kedua. Kemudian minggu lepas, ZTE hadir dengan poster dengan klu bernombor “30” – di mana ini memberi petanda yang mungkin ZTE akan melancarkan ZTE Axon 30.

ZTE Axon 30 dilaporkan akan hadir dalam dua model, iaitu ZTE Axon 30 Pro dan ZTE Axon 30 biasa. Salah satu daripada model ini akan dijana dengan cip Snapdragon 888. Baru-baru ini, ZTE telah menerbit poster baharu dengan nama “ZTE Axon 30 Pro 5G” dengan bayangan imej yang mungkin adalah modul kamera utama peranti ini. Peranti ini mungkin akan memfokuskan kepada kamera.

Ni Fei, selaku presiden ZTE memuji kehebatan teknologi pengimejan yang hadir pada ZTE Axon 30 Pro dan beliau mendakwa yang ia mempunyai sistem pengimejan terbaik sepanjang tahun 2021. Qianhao selaku pengarah pengalaman pengguna menciap semula siaran Ni Fei dengan perkataan “200 juta pixel”. Adakah ini bermakna peranti ini akan hadir dengan kamera 200MP?

Perkara ini tidak mustahil, kerana Samsung juga dilaporkan akan hadir dengan sensor kamera 200MP pada tahun ini. Cio Exynos 1080 mereka juga menyokong sistem pengimejan 200MP dan sejak kebelakangan ini pengeluar peranti China gemar bekerjasama untuk hadir dengan sensor kamera tersendiri seperti Oppo dan Sony baru-baru ini untuk sensor 50MP. Mana tahu ZTE mengikut jejak langkah Xiaomi bekerjasama dengan Samsung?

Komen