Carian
Yoodo Menawarkan Pas 3 Jam Untuk 100GB Pada Harga RM1 – Promosi Sehingga 31 Januari 2021
January 29, 2021 Aman

Yoodo kini menyambut ulang-tahun ke-3 mereka, dan melaluinya Yoodo menawarkan promosi khusus untuk pakej Power Pass.

Melalui Yoodo Power Pass ini, pengguna boleh menikmati data sehingga 100GB selama tiga jam dengan bayaran sebanyak RM1.

Kebiasaannya, pas ini ditawarkan pada harga RM5 untuk 3 jam.

Yoodo menawarkan promosi ini sehingga 31 Januari 2021 ini. Bagi anda yang menggunakan Yoodo, boleh mencuba pas ini, dan menggunakannya ketika memuat-turun sebarang fail bersaiz besar, atau ingin menstrim video dan sebagainya.

Komen