Seperti biasa setiap kali peranit baharu dilancarkan, Netflix akan mengemaskini aplikasi mereka dan atau pengeluar peranti akan mengedarkan kemaskini perisian baharu untuk sokongan penstriman resolusi HD dan kualiti HDR.
Peranti terkini yang disenaraikan adalah siri Galaxy S21, siri Oppo Reno4 dan beberapa peranti Oppo yang lain. Walaupun kesemuanya menyokong penstriman HD, hanya segelintir sahaja yang menerima pengiktirafan HDR. Berikut adalah senarai penuh;
Sokongan penstriman HD;
- Oppo A73
- Oppo A93
- Oppo F17
- Oppo F17 Pro
- Oppo Reno 4
- Oppo Reno 4 F
- Oppo Reno 4 Lite
- Oppo Reno 4 5G
- Oppo Reno 4 Pro 5G
Ini pula senarai yang menyokong penstriman HD dan HDR10;
- Oppo Reno 4 Pro
- Samsung Galaxy S21 5G
- Samsung Galaxy S21+ 5G
- Samsung Glaaxy S21 Ultra 5G
- TCL 20 5G