Touch n Go Akan Menawarkan Kad Fizikal Yang Boleh Ditambah-Nilai Melalui Aplikasi Menjelang Penghujung 2021

Diterbitkan pada Jan 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, salah satu perkara yang diinginkan ramai adalah keupayaan untuk membuat tambah-nilai pada kad Touch n Go fizikal secara mudah melalui atas-talian atau dompet digital.

Bercakap mengenainya, melalui temuramah bersama TheStar, CEO Touch n Go mengatakan menjelang penghujung tahun 2021 ini, mereka akan menawarkan kad Touch n Go yang boleh ditambah-nilai terus melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses menambah-nilai dan pengurusan kewangan. Ia seperti memberikan petanda, yang mana pengguna mungkin perlu beralih ke kad TnG yang baharu dalam menikmati ciri ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan dengan penawaran kad Touch n Go ini pada tahun 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami