Xiaomi Malaysia Mengumumkan Pelancaran Mi 11 Pada 8 Februari

Xiaomi Malaysia Mengumumkan Pelancaran Mi 11 Pada 8 Februari

Diterbitkan pada Jan 29, 2021 oleh .

Hari ini Xiaomi Malaysia akhirnya mengesahkan peranti ini akan dilancarkan di peringkat global pada 8 Februari kelak, sekaligus memberikan petanda kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan selepas itu.

Xiaomi Mi 11 memang amat dinantikan di Malaysia kerana ia dilengkapi cip Snapdragon 888, skrin 120Hz dan harga jualan yang nampaknya tidak akan merobekkan dompet.

Selain Mi 11, Mi 11 Pro juga amat dinantikan kerana mempunyai spesifikasi yang lebih baik khususnya pada bahagian kamera. Bagi mereka yang ingin memiliki Mi 11, penantian anda kian hampir berakhir.

Sama-sama tandakan kalendar anda pada 8 Februari ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Xiaomi melalui Mi 11 untuk pengguna tempatan.


Paling Popular