Netflix Menguji Ciri Pemasa Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Jan 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah menjadi kebiasaan untuk maratonton kandungan di Netflix sepanjang tempoh PKP ini. Kadang kala kami tertidur semasa menonton siri TV dan telepas beberapa episod. Jika ini juga berlaku kepada anda, Netflix sedang menguji sistem pemasa yang menghentikan penstriman selepas tempoh tertentu.

Apabila kandungan ditonton pada telefon Android, sebuah pilihan Timer akan dapat dilihat pada bucu atas kanan skrin. Sekiranya ditekan, pengguna boleh memilih tempoh masa 15 minit, 30 minit, 45 minit atau sehingga penghujung kandungan yang ditonton. Apabila tempoh hampir tamat, sebuah notifikasi akan memberitahu pengguna sebelum strim dihentikan.

Pada waktu ini ciri ini diberikan secara rawak kepada pengguna global pada platform Android sahaja. Menurut Netflix ia mungkin dikembangkan kepada peranti lain termasuk TV dan pelayar web bergantung kepada penggunaannya sepanjang tempoh ujian.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami