TM Menyaksikan Peningkatan Trafik Internet 15% Pada PKP 2.0 Kini

Diterbitkan pada Jan 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak daripada 13 Januari 2021 lepas, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di sejumlah negeri, sekaliugs memperluaskan ia ke seluruh negara kecuali Sarawak buat masa ini. Hal ini disebabkan oleh peningkatan angka penularan wabak Covid-19 yang semakin tinggi dari hari ke hari.

Selari dengannya, ramai yang melakukan tugasan dari rumah, termasuk pembelajaran dan beberapa aktiviti lain – yang mana memerlukan akses rangkaian internet.

Menurut TM, untuk tempoh PKP 2.0 ini, mereka menyaksikan peningkatan trafik internet keseluruhan sekitar 15%. Ini boleh dikatakan kurang daripada separuh berbanding PKP awal yang menyaksikan peningkatan lebih 30% berbanding kebiasaan.

Apa pun, TM mengatakan mereka mempunyai sokongan teknologi dan rangkaian dalam menampung kapasiti tambahan ini, sekaligus menawarkan pengalaman menggunakan internet tanpa gangguan kepada pelanggan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami