Razer Book 13 Ditawarkan Secara Rasmi Pada Harga RM7999

Diterbitkan pada Jan 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila Intel melancarkan siri CPU generasi ke-11 Tiger Lake mereka, sejumlah jenama komputer riba juga telah mula menawarkan komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan tersebut.

Salah satu daripadanya ialah Razer, yang memperlihatkan siri komputer riba pertama yang memfokuskan kepada produktiviti, iaitu Razer Book 13, Dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum, ia hadir dengan paparan sesentuh IPS bersaiz 13.4 inci yang hadir dengan pilihan resolusi Full HD ataupun 4K.

Dari segi spesifikasi dalaman, komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sebanyak 16GB dan pilihan storan 256GB ataupun 512GB. Bahagian grafik komputer riba ini dikuasakan oleh cp grafik Intel Iris Xe yang terbina didalam bahagian CPU.

Ia juga hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru terbina, termasuklah sokongan palam Thunderbolt 4 dan WiFi 6 untuk mereka yang menggunakan penghala tersebut.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli Razer Book 13, komputer riba ini kini ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada harga RM7999 untuk model dengan storan 256GB dan paparan FHD, dan RM9999 untuk pilihan storan 512GB dan paparan 4K.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami