Cari @ Amanz

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Pengimbas Touch ID Pada Skrin

Oleh Aman

Link Copied!

Kita telah mendengar beberapa desas-desus mengatakan Apple bakal menyertakan pengimbas cap jari kembali pada iPhone. Selari dengannya, kini laporan terbaru WSJ mengatakan Apple bakal menyertakan sokongan Touch ID dan juga Face ID pada iPhone 2021 tahun ini.

Apple dijangka menggunakan pengimbas optikal pada skrin, sekaligus menawarkan pengalaman Touch ID serba baharu pada iPhone tahun ini. Ciri ini bakal ditawarkan bagi melengkapkan penawaran Face ID sedia ada.

Dengan kehidupan norma baharu kini, mungkin langkah ini akan memudahkan lagi pengguna mengaksesnya, atau melakukan sejumlah perkara lain dengan lebih pantas berbanding penggunaan Face ID.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan perkembangan berkaitan iPhone generasi baharu 2021 ini.


Komen ()